Friday, October 5, 2012

Jom Fikir !

Assalamualaikum...
Terima kasih berkunjung,
Blog Jom Fikir-fikir ( JFF ) ini akan membuahkan banyak persoalan kepada pembaca untuk merenung sejenak dan membaca seketika. Bukankah berfikir sejenak itu lebih baik daripada
                                        
                                    
                        فكرة ساعة خير من عبادة ستين سنة                 
Berfikir Sesaat Lebih baik daripada Ibadah 60 Tahun
Berbicara tentang Hadis di atas, tentu ada yang ganjal dalam benak kita. Bagaimana mungkin amalan yang begitu mudah dan ringan ini dijanjikan pahala yang begitu besar? Mungkin untuk menjawab sedikit keganjalan ini sebaiknya kita mengkaji terlebih dahulu Hadith di atas, baik dari jalur dan juga statusnya.

Sanad Hadis
 Hadis di atas diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Imam Dafr bin Ali dari Imam Abu Bakar bin Muhammad bin Ali dari Imam Muhammad bin Ahmad bin Abdurrahman, dari Imam Muhammad bin Hibban, dari Abdullah bin Muhammad bin Zakariya, dari Utsman bin Abdillah al-Qurasyi, dari Ishaq bin Nâjih al-Malâthî, dari Imam ‘Atha’ al-Khurasani, dari Abu Hurairah, dari Rasulullah

Hadith ini ditaraf sebagai dhoif. Namun masih lagi boleh digunakan untuk fadhilat-fadhilat bukan untuk berhujah. 

Tidak mengambil kira tempoh 60 tahun tersebut, berfikir mempunyai nilai yang sangat besar.  Berfikir dari banyak sudut bermaksud berfikir tentang sesuatu masalah atau perkara yang difikirkan dengan melihat tentang kebaikan dan keburukan, positif dan negatif dan juga tersurat dan tersirat kepada masalah tersebut. Terutama bila permasalahan yang banyak melibatkan antara hubungan manusia sesama manusia. Bukan mudah untuk membuat keputusan dalam situasi seperti ini. Perselisihan faham sering kali akan menjadi lebih buruk jika berfikir hanya dilihat dari satu sudut sahaja dan mendengar dari satu pihak semata-mata.

Berfikir tentang dosa lalu dan kebaikkan akan datang akan membuatkan kita bekerja keras untuk berusaha bersungguh-sunggu merebut cinta ALLAH. Selamat berfikir sahabat !
 

No comments:

Post a Comment